0

WEBFOLIO 1 - INI TENTANG SAYA

Posted by Unknown on 10:37
23 September 2012 merupakan kali pertama kaki melangkah ke kelas Sistem Maklumat Sumber Manusia. Anak-anak tangga dipanjat satu persatu untuk ke Bilik Kuliah 1. Otak masih ligat memikirkan apakah yang akan dipelajari daripada subjek ini. Melihat kepada nama subjek, hati terdetik ragu sekilas memandang jadual waktu. Mudahkah? Sukarkah? 

Oh ya, lupa untuk memperkenalkan diri lantaran terlalu teruja menulis blog. Bukan pertama kali tetapi terlalu lama tidak mencoret sesuatu di blog. Nama saya Siti Halijah Muhamad. Berusia 26 tahun pada 2012. Sudah berkahwin dan memiliki seorang cahaya mata perempuan. Oh, bahagia! 

Saya merupakan pelajar UTMSpace bagi Kursus Pembangunan Sumber Manusia. Pada semester ini, subjek SHP3424 ini menjadi pilihan untuk menghabiskan baki subjek yang masih tinggal sebelum bergelar graduan HRD. Penyarah saya adalah Dr. Nur Naha. Sangat comel. Eh, bukan memuji sesuka hati tapi apabila beliau ‘speaking’, oh mak oiii, sangat lancar dan saya kagum! Serius, saya sangat cemburu melihat orang lain boleh berbahasa Inggeris sebaik mat saleh. Mana tahu, selepas tamat kelas dengan beliau, saya pun mampu ‘speaking’ selancar itu. Hih! Seronok. Kelas dimulai seperti biasa, penerangan mengenai kaedah penilaian termasuklah tugasan. Ha, blog ini pun merupakan tugasan yang diberi. Menarikkan. Pertama kali diminta menulis blog! Baiklah, nanti kita sambung dengan tajuk seterusya. 

Bye Comments Pictures

Sampai Jumpa!

Copyright © 2012 Human Resources Information System All rights reserved. | Bloggerized by tulipariesZONE.