0

WEBFOLIO 1 - MAKLUMAT DAN KELEBIHAN DAYA SAING

Posted by Unknown on 00:38
Kelas pertama hari itu, Dr Nur Naha mengajar dua topik iaitu Pengenalan Kepada Sistem Maklumat dan Sistem Maklumat untuk Kelebihan Daya Saing.

Menurut Richard L. Daft (2010), maklumat adalah data yang ditukar kepada kandungan yang bermakna dan berguna kepada penerima. Sistem Maklumat pula merujuk kepada satu gabungan operasi yang melibatkan perancangan, pemerhatian, penyimpanan, pengurusan serta penganalisisan data bagi menghasilkan maklumat yang boleh digunakan di dalam proses membuat keputusan. Manakala, bagi Teknologi Maklumat pula ia merupakan perkakasan, perisian, telekomunikasi, pengurusan pangkalan data dan pelbagai teknologi yang digunakan untuk menyimpan, memproses dan mengagihkan maklumat.

Kepentingan Sistem Maklumat dan Teknologi Maklumat
  1. Ia merupakan komponen penting dalam sesebuah perniagaan.  
  2. Membantu sesebuah perniagaan untuk berkembang dan berdaya saing.
  3. Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan dalam proses perniagaan.  
  4. Memudahkan untuk membuat keputusan pengurusan dan kerjasama dalam kumpulan kerja.

Semasa sesi pembelajaran, Dr. Nur Naha juga memberikan beberapa contoh organisasi yang menjalankan perniagaan menggunakan web. Ia termasuklah Wal-Mart, sebuah perniagaan yang dijalankan secara kedai runcit, atas talian dan peranti mudah alih yang telah beroperasi di lebih 27 buah negara di seluruh dunia sejak penubuhan pada tahun 1962. Beberapa contoh lain juga diberikan oleh beliau dan rakan-rakan.


Tajuk kedua yang diajar oleh Dr. Nur Naha adalah Kepentingan Daya Saing di mana setiap organisasi perlu membangunkan strategi berikut untuk menangani perkara-perkara berikut: 

  1. Persaingan antara pesaing dalam industri  
  2. Kemasukan baru dalam industri dan pasaran  
  3. Produk baru yang boleh mengawal kehendak pasaran  
  4. Kuasa menawar oleh pelanggan
  5. Kuasa menawar oleh pembekal 


 Rajah di atas menunjukkan lima strategi daya saing yang perlu diambil perhatian oleh organisasi: 

Kos Kepimpinan 
Apabila organisasi menggunakan kos yang rendah, secara tidak langsung ia akan membantu pembekal dan pelanggan untuk mengurangkan kos. Organisasi perlu mencari dan menggunakan semua sumber bagi mengurangkan kos. Jika organisasi dapat mencapai dan mengekalkan kos kepimpinan maka ia akan berjaya memperolehi keuntungan melebihi purata dalam industri 

Perbezaan
Organisasi berusaha untuk menjadi unik dalam industri agar dihargai oleh pelanggan. Apabila organisasi mempunyai kedudukan yang tersendiri dan dapat memenuhi keperluan pelanggan, secara tidak langsung ia akan akan mudah menarik perhatian pelanggan. 

Inovasi 
Organisasi menyediakan produk, perkhidmatan yang unik dalam pasaran supaya dapat memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai.

Perkembangan
Setiap organisasi perlu berani untuk sentiasa mencari pembaharuan dengan mengembangkan kapasiti organisasi dalam meningkatkan produktiviti dan kualiti. Selain itu, organisasi juga perlu berani untuk memperkenalkan produk dan perkhidmatan yang baru dalam usaha memasuki pasaran global. 

Hubungan dan Kerjasama 
Ia merujuk kepada mewujudkan hubungan dan kerjasama dengan pelanggan, pembekal, pesaing, perunding dan organisasi lain. Dengan ini organisasi dapat melihat apakah permintaan terkini yang diharapkan oleh semua. 


Rujukan:
Richard L. Daft (2010). New Era of Management (9th Ed.). South-Western Cengage Learning, Canada.

Kavanagh, Thite and Johnson. Human Resource Information Systems (2nd Ed.). SAGE

Robbins and Judge (2010). Essentials of Organizational Behavior (10th Ed.). Pearson : New Jersey

http://en.wikipedia.org/wiki/Porter_generic_strategies 

http://www.vectorstudy.com/management_theories/porters_competitive_strategies.htm 

http://ihashimi.aurasolution.com/networking/pengenalan_sistem_maklumat.pdf

Copyright © 2012 Human Resources Information System All rights reserved. | Bloggerized by tulipariesZONE.